Flyers bukan sahaja untuk buat iklan produk barangan ataupun servis sahaja, malah ianya boleh digunakan dalam industri masakan seperti yang diamalkan oleh masyarakat cina sejak dahulu lagi. Mereka mencetak Menu Gerai atau Restaurant pada kertas size setengah A4 iaitu A5 pada bahagian depan & belakang secara ringkas untuk mendapatkan pesanan dari pelanggan yg diedarkan secara menyeluruh kawasan kedai yang berdekatan dengannya ataupun kawasan perumahan.
Jika terdapat kedai snooker, saloon ataupun KTV, flyersnya diletakkan lebih kerana mungkin untuk kegunaan ramai pelanggan yang berada di kedai tersebut. Mereka menyediakan penghantaran secara percuma bagi sekitar yg dekat & menggunakan kurier seperti LALAMOVE bagi menyelesaikan pesanan pelanggan. LALAMOVE menjanjikan pesanan boleh sampai dalam masa 55 minit bg penghantaran tempatan. Masa yg sesuai.
Mereka yg membuat Flyers menggunakan kertas size A5 ni bukan sahaja Gerai atau Restaurant biasa, malah Marrybrown juga membuat sistem yang sama dalam mencari pelanggan. Food Truck juga ada kalanya mengedarkan Flyers mereka satu (1) hari awal kepada bakal pelanggan sekitar kedai pejabat yg ada di situ dgn memberitahu yg mereka akan beroperasi pada tarikh sekian-sekian pada tapak parkingr sekian-sekian yg lengkap dgn gambar hidangan yg sedang dipromosi pada waktu yg telah ditetapkan keesokan harinya. Maka sebelum mereka sampai esoknya, sudah ramai pelanggan yg menunggu kedatangan mereka & pelanggan beratur panjang bagi mendapatkan makanan promosi yg telah dijanjikan oleh mereka. Perkara ini biasa berlaku disekitar Taman Sentosa dan Taman Pelangi di deret ruang pejabat yg baru dibina. Food Truck itu tidaklah kerap atau setiap hari menjalankan perniagaan, namun bila mereka ada, pasti terdapat deretan para pelanggan beratur panjang. Aku nak juga cuba beratur sama adakah betul-betul sedap makanannya ataupun dijual dengan begitu murah? Tertanya-tanya aku.


Bagi pengusaha yang faham dengan teknik marketing seperti ini, biasanya pasti mempunyai website company yg tersendiri bg menggantikan Flyers yg kerap mereka edarkan. Mereka biasanya bertukar2 cara samada promote secara dunia nyata & secara alam maya dengan membuat iklan seperti di Facebook ataupun laman social yg lain.
Mereka tidak seperti kita & kedai mamak yang hanya menunggu pelanggan hanya di dalam kedai tanpa mencuba menarik pelanggan dari luar untuk datang ke kedai mereka. Dan jika yakin masakan mereka sedap & boleh dibuat katering, buatlah persediaan seperti pengusaha cina yg lengkap dengan adanya website serta email dgn menghantar cataloque menu harian yg istimewa serta kita juga perlu menghantar tester ke pejabat-pejabat sebagai tanda pengenalan katering kita kepada pelanggan. Jika sesuai maka bilangan bungkusan yg byk perlu dipesan bagi menjamu tetamu yg hadir ke pejabat mereka pada waktu makan tengah hari contohnya.
Antara contoh syarikat bumiputera yg rajin saya nampak adalah LC Catering. Beberapa bulan sebelum websitenya expired, saya lihat mereka ada membuat senarai event dimana pelanggan dari pejabat kerajaan ataupun swasta yg membuat tempahan yg banyak seperti untuk tujuan kursus ataupun seminar, gambar hidangan & tempat makanan dihidangkan serta rekod tempahan dari agensi mana pada tarikh sekian-sekian juga direkodkan sbg koleksi mereka.










Leave a Reply