
[Bahasa Melayu/Malay]
Apa beza Sales & Marketing? Jualan & Pemasaran? Nampaknya Sales menjual barang dlm kuantiti yg sedikit demi sedikit sampai mencapai TARGET. Mana kala Marketing pula, menjual barang dalam sebilangan yang besar. Contohnya, situasi di kedai perabot. Bos bertindak sebagai Marketing dengan membawa masuk produk semasa ataupun baru, disusun mengikut kesenangan untuk customer memilih (Cth : Feng Shui) & beberapa jenis perhiasan dinding seperti wallpaper ataupun dinding yg plain warnanya serta diselaputi dgn kain langsir yg panjang agar dpt merasakan suasana di dalam rumah apabila kita sedang menjalankan perniagaan menjual perabot.
Perabot disusun mengikut set seperti di kediaman rumah supaya customer mudah dpt membayangi apabila cuba duduk pada perabot yg kami hiaskan. Terdapat juga pasu, alas meja & bunga yg menjadi perhiasan semata-mata & bukanlah barang untuk jualan. Sekadar memenuhi kelengkapan hiasan yg cuba dibentangkan. Dengan berlatar belakangkan All American, perabot jualan kami nampak seperti gah & mempunyai dengan yg tersendiri mengikut budaya orang Amerika. Ada yg jenis design yg berbatang-batang tegak tersusun, ada yg rata dengan bentuk modern dan ada juga model tempatan yg dibawa masuk ke showroom kami sbg item consignment dgn design2 yg terkini yg tidak dijual pada kedai lain yg jaraknya berdekatan. Perabot All American adalah dibawa oleh company GENESIS ORIGIN dari Singapura yg membeli FRANCHISE PERABOT yg bernama PICKET & RAIL bertemakan konsep All American. Mmg betul design Amerika kerana jika anda biasa menonton filem2 Amerika, design2 perabot mereka sama dengan design perabot yg kami jual sekarang.
Walaupun kami mengambil tema All American, tidak semestinya perabot kami berasal dari sana. Perabot PICKET & RAIL diimport dari kilang perabot yg boleh CUSTOMIZE design perabot Amerika utk pasaran PICKET & RAIL yg berasal dari Indonesia.Di sebabkan perabot PICKET & RAIL boleh dikatakan mahal setnya lebih dari RM2000/set, maka bos mengambil set perabot yg murah bg memenuhi kehendak pelanggan & design tersebut tidak boleh dijual di kedai lain yg berdekatan kerana bos telah memasang leather tag sebagai tanda JENAMA pada set perabot dari pembekal yg baru itu. Customer agak lebih yakin membeli sesuatu barang yg mempunyai jenama & warranty yg sesuai iaitu selama setahun, jika lebih setahun, servis caj akan dikenakan. Bos tak buat sales… malah tak tahu atau tidak biasa membuat sales. Kekok nampaknya mcm terpaksa.
Sebab itulah dia memasang ramai sales-person lelaki & wanita supaya melayan pilihan pelanggan & memberi penerangan tentang perabot yg dipamerkan. Penjelasan yg tepat mengenai produk amatlah perlu supaya customer tidak berasa ragu-ragu untuk mengeluarkan wang untuk membelinya. Produk perabot yg kami jual laju & lancar keluar masuk kedai & hantar ke rumah customer kerana set perabot kami pada masa itu adalah dikira standart yg tinggi iaitu diperbuat dari kayu pokok Pine & kayu pokok Getah. Bermakna ianya kayu SOLID & bukanlah laminated ataupun dari habuk kayu yg boleh melengkung lama-kelamaannya. Walaupun harganya agak tinggi sedikit namun disebabkan kualitinya sukar diperolehi dari kedai lain malah lagi ianya berjenama & mempunyai warranty serta repair service jika rosak meyakinkan customer yg perabot tersebut boleh bertahan lama.
Lepas habis diploma, aku terus bekerja jarak yg agak jauh dari rumah (lebih kurang 30 minit perjalanan) iaitu di Giant Plentong. Kedai perabot kami terletak didalam kedai SenQ atau dikenali sbg SenHeng iaitu kedai elektrik. Di mana kadang-kala customer ingatkan kedai perabot kami & kedai elektrik SenQ adalah sebuah kedai yg sama. Seperti Court Mammoth yg ada perabot & barangan elektrik. Ini percubaan baru SenQ utk membuat konsep yg sama supaya dpt menarik lebih pelanggan. Aku terpaksa kerja disini kerana kerja ini sajalah yg menawarkan gaji sehingga RM1,200.00 termasuk komisyen sewaktu itu. Yg lain2 menawarkan sekitar RM800 sahaja. Walaupun aku tidak ada pengalaman namun disebabkan gaji yg tinggi menyebabkan aku cekal utk terus belajar perkara baru.
Pada mulanya aku disuruh mengikut pergerakan customer melihat-lihat barang perabot kami & beri penerangan. Namun aku masih baru & tidak tahu nak cakap apa, maka aku disuruh bagi flyers di pintu masuk utama Giant kepada org ramai, tidak semua org, hanya org tertentu sahaja. Begitulah antara rutin utamaku, bergilir-gilir bagi flyers, layan customer di showroom, menjadi pembantu stor dgn mengalihkan barang-barang yg hendak dihantar & dibawa masuk ke stor. Packing jika diperlukan. Tolak perabot ke kenderaan customer & mcm2 tugasan aku lakukan & dpt belajar. Sampailah bulan ke-4 ke atas aku sudah mula selesa dgn jawatan salesman kerana tiap-tiap bulan sales aku lepas target iaitu RM20,OOO & kadang-kala dpt lebih ikut masa yg aku luangkan.
Tidak susah menjual perabot kami kerana ianya berjenama, sofa kami mempunyai byk pilihan sarung kainnya & boleh customize size & modelnya. Almari atau wardrobe juga begitu boleh diubahsuai size mengikut bilik di kediaman masing-masing. Harga pula antara yg terendah di dalam pasaran & kami mengekalkan cara jual barang murah & barang cepat keluar masuk dengan banyak. Malah pada hujung minggu pula kedai kami membuat iklan size A5 di 3 buah surat khabar utama iaitu Harian Metro, Sin Chew & The Star pada harga RM1500 utk satu hari pada 3 surat khabar yg berbeza. Hampir setahun kedai kami dikatakan berjaya mencapat target sekitar RM80,000-RM100,000 dgn kadar sewa sebulan RM21,000 secara tiba-tiba dpt berita yg Pemilik PICKET & RAIL (org cina Singapura) ingin menjual syarikatnya kepada keluarga Al-Sagoff. Dan menurut management baru, kedai di cawangan di Malaysia (kedai kami) terpaksa ditutup bagi menampung kerugian kedai cawangan di Singapura.
Kami diberi tempoh seminggu lebih utk beroperasi kali terakhir. Namun aku bijak untuk melicinkan semua stock yg ada di kedai & di stor secepat mungkin. Pihak SenQ tidak sangka akan perkara itu kerana mereka ingat stock yg tertinggal juga disita, namun hampir semuanya sempat dibawa keluar. Bos aku awal-awal lagi dah cuti takut maka aku sorang2 handle semua staff & keluar masuk barang. Barang2 yg tidak sempat dijual aku lelong dengan kawan-kawan aku dengan murah bagi menampung gaji 2 bulan yang tertunggak oleh 5 pekerja yg terakhir.Namun akibat tidak cukup gaji yg aku cuba kumpul, aku sendiri membuat aduan pekerja supaya saman majikan akibat tunggakkan gaji.
Selang lebih kurang 5 bulan berlalu, aku dan bos kedai lama membuka semula kedai perabot yg lain di tapak perniagaan yg lama kerana showroom itu laku & SenQ membenarkannya. Tapi aku dah mula bosan dengan kerja di situ kerana cuti umum pun terpaksa kerja, lagi2 hari ahad. Setahun lebih aku tidak dapat berjumpa dengan saudara-mara jika mereka mengadakan majlis ataupun perjumpaan. Dan kali ini aku tekad untuk bekerja hanya sampai bos aku pandai berdikari membuat sales. Disebabkan kedai baru itu aku yg setup & marketing pun aku yg buat kerana sebagai salesman aku lebih tahu kehendak customer. Maka bos aku sebagai assistant aku hanya menjaga akaun & mengambil gaji sbg manager & aku sebagai supervisor dgn store komisyen 1% dari RM100,000 sales setiap bulan. Namun komisyen itu ditangguh kerana ingin memperkukuhkan showroom dulu termasuk membeli lori sendiri & menambah pekerja pemandu lori. Maka aku disuruh ambil Lesen E dgn separuh company support. Aku hanya pemandu backup sahaja kerana bos aku takut bawa lori.
Setelah hampir nak setahun, aku minta berhenti setelah dapat keluarkan sebiji kereta baru dgn harapan utk lebih jauh mejelajah pengalaman baru & waktu kerja office hour serta boleh mengikuti perjumpaan saudara-mara semula. Aku berhenti secara terpaksa & aku tinggalkan kedai tanpa sempat menurunkan sepenuhnya ilmu aku kepada bos aku. Iyerlah, dah dia hold store komisyen aku nak dekat RM10,000 setahum akibat dah guna utk main judi, maka aku pun fikir tiada masa depan lagi maka beralihlah arah. Selang beberapa bulan aku dengar kedai tersebut tutup bankrup. Ini mesti tak pandai buat sales kata hatiku. Ini baru company yg boleh capai sales RM100,000 sebulan dgn company yg kecil, mereka laburkan gaji yg agak besar kepada pekerja mereka berbanding company yg besar tetapi membayar gaji yg kecil kepada pekerja.

Di sebabkan kemahiran aku pada advertising & komputer, maka ketika itu market adalah sangat terhad & terpaksa menunggu pelanggan yg random & kerja maintenance yg ada sekali-sekala tiada tender-tender yg dibuka utk kerja-kerja yg besar. Maka aku mengambil peluang ini untuk kembali bekerja dibawah company org lain lagi & kali ini adalah dari syarikat yg mendapat keuntungan jutaan ringgit dalam tempoh kontrak pembinaannya. Pada mulanya sasaranku ialah main-con, namun aku terinterview sebagai kerja sub-con pula. Tapi tidak mengapa kerana kerjanya nampak lebih mudah & keuntungannya ada kalanya melebihi main-con kerana pembinaan dari main-con berpandukan barangan kami yg dipasang tegak serta berpandukan lazer supaya betul2 tegak sebelum disimen. Itulah Aluminium & Glass, Hui Beng. Bos ingatkan aku ingin minta kerja sbg sub-con kerana aku mempunyai beberapa orang pekerja kontrak, namun aku tawarkan aku seorang mahu bekerja & mula dari tahap pertengahan iaitu sbg supervisor. Dan bos juga melantik aku sebagai Project Executive kerana kebolehanku dalam scope kerja yg aku lakukan & meeting sahaja kerja aku menjadi contoh & perhatian ramai. Mungkin disebabkan kertas kerja aku. Kertas A4 putih buat garis petak2 grid jadual siapa punya idea? Kalau x mereka pakai buku yg tebal mcm kontraktor pakcik-pakcik di zaman silam. Aku terus buat jadual terus mengikut cara rekod pemasangan harian yg sesuai pada tugas-tugas tertentu.
Sketch gambar & snap picture terus ke drafter utk drawing apa yg kita mahu adalah cara yg paling simple tanpa kita perlu lukis semula dlm komputer sebelum dihantar ke drafter, utk apa? Sketch sudah mencukupi yg penting jelas. Buat checking defect dgn jadual yg lengkap utk dibahagikan kepada 2 jenis sub-con yg berlainan. Seorang jaga aluminium & seorang lagi jaga kaca sahaja. Mengikut draft yg aku lakarkan, sub-con dpt menjalankan tugas dgn mudah & lancar. Mereka inginku lagi untuk jaga project seterusnya. Namun aku masih belum faham bagaimana boleh dpt project sampai RM3juta?
Beberapa bulan lepas itu. Aku disuruh menghadiri kursus CIDB sbg wakil syarikat. Seramai 5 org terpilih termasuk Project Manager, Andrew. Pada kursus tersebut, makanan yg dihidangkan ialah makanan cina pada mangkuk bulat. Loya tekak aku tak makan apa2. Minum air sajalah, cina ni makan benda pelik-pelik kata hatiku, namun ada juga yg melayu makan makanan cina. Alamak. Kata hatiku. Diakhir kursus itu, pensyarah memuji Andrew kerana dapat menjalankan project yg banyak sekaligus kerana mempunyai kilang yg besar & pekerja yg ramai. Dari situlah aku perasan yg pensyarah tersebut sedang mempromote Andrew, HB Glass & mungkin ada upah disebalik batu. Dan aku juga dpt kenalan dari main-con yg menawarkan kerja-kerja aluminium & glass kepada aku utk company aku. Ohhh, mungkin dari sinilah cara mereka mendapat peluang project. Dgn maintain mengikuti kursus yg disarankan CIDB untuk mengutip mata KPI untuk dapat project2 yg lebih besar. Mereka bertukar BQ, sebut harga & buat sedikit presentation mengenai scope kerja yg dipertanggungjawabkan sebagai mukadimah akan berjumpa lagi kerap dalam meeting2 yg berjadual lebih2 lagi bagi claim peratusan kerja yg sudah siap & wang tambahan project diserahkan.
Namun ada satu lagi yg aku nmpk mereka tidak tamak dengan memberi peluang kepada client utk menjadi pemodal bagi membeli bahan2 production utk fabrication. Dgn ini client dpt tahu kos sebenar pembuatannya & dpt berjimat sedikit. Siapa punya modal dia ambil untung. Setelah project sudah hampir siap pula, item VO biasanya tidak diambil oleh Bos, maka disuruh kontraktor dlm bidang yg sama utk menyambung membuat kerja tersebut & bos segera beredar ke project seterusnya. Dari situlah bos kami dpt penghormatan kerana saling berkongsi kerja & tidak tamak.
Namun, Husni (bukan nama sebenar) yg telah lama bekerja aku ingatkan gaji dia dah sampai RM7k, namun hanya RM3k shj. Iyerlah sebab company besar, kalau company kecil gajinya mesti besar. Maka dari itu aku sudah pasang niat utk kasi Husni blah dari company ini bersama aku kerana aku pun tahu gaji aku pun takkan naik ke mana. Aku tanya Husni, kau nk buka kedai Aluminium & Glass juga ke? Iyerla, itukan kemahiran aku, tp aku juga minat utk buka kedai barangan kulit.













Leave a Reply